AirAsia X Lancar Peraduan Fly High & Dapatkan Ganjaran

AirAsia X mengumumkan pelancaran peraduan Terbang Lebih Kerap & Dapatkan Ganjaran! Peraduan ini dilancarkan untuk memberi ganjaran kepada tetamu yang paling banyak berbelanja dalam penerbangan dan pembelian produk tambahan.

Mulai hari ini sehingga 16 Julai 2017, tetamu AirAsia X yang membeli tiket penerbangan dan produk tambahan menggunakan nombor keahliahan AirAsia BIG secara automatik layak menyertai peraduan ini bagi perjalanan dari 20 Jun – 30 November 2017.

AAX Fly High & Get Rewarded Contest_BM

Terbang lebih kerap untuk memenangi Hadiah Utama penerbangan dua hala selama setahun

Pembelanja tertinggi akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama bernilai penerbangan dua hala selama satu tahun dan baucar penginapan AirAsia Go (AAGO) bernilai RM10,000 untuk pemenang dan seorang teman perjalanan.

Pemenang tempat kedua pula berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Hawaii manakala pemenang tempat ketiga berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Perth.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata:

“Peraduan ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang kami hargai. Mereka yang berbelanja ke atas pembelian tertinggi untuk penerbangan dan produk tambahan seperti bagasi berdaftar, menempah makanan dalam penerbangan, membuat pilihan tempat duduk dan menempah insurans perjalanan untuk semasa tempoh peraduan akan berpeluang mendapat hadiah-hadiah menarik untuk pembelanja tertinggi yang bertuah di samping menikmati pengalaman penerbangan khusus bersama perkhidmatan dalam penerbangan yang telah merangkul anugerah bertaraf dunia.

Hadiah adalah terhad untuk perlepasan ke dan dari destinasi AirAsia X di lapangan terbang berikut: Malaysia: (Kuala Lumpur (KUL)); Jepun: (Tokyo (HND), Osaka (KIX), Sapporo (CTS)); Korea Selatan: (Seoul (ICN), Busan (PUS)); China (Xian (XIY), Beijing (PEK), Hangzhou (HGH), Chengdu (CTU) Shanghai (PVG), Chongqing (CKG)), Wuhan (WUH); Taiwan: (Taipei (TPE)); Australia: (Sydney (SYD), Melbourne (MEL), Perth (PER), Gold Coast (OOL)); New Zealand: (Auckland (AKL)); India: (New Delhi (DEL)); Iran (Tehran (IKA)); dan Amerika (Honolulu, Hawaii (HNL)).

Peraduan ini hanya tersedia untuk tempahan termasuk sekurang-kurangnya satu sektor atau perjalanan dalam penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia X (pembawa kod D7). Tempahan boleh dibuat dari mana-mana rangkaian AirAsia X (pembawa kod AK, FD, QZ, Z2, XJ, XT) untuk tempahan penerbangan langsung dan Fly-thru.

Untuk maklumat peraduan serta terma dan syarat, sila klik http://highflyer.airasia.com

*Pembelian dalam penerbangan (tambang asas sahaja) dan produk tambahan hanya akan dikumpulkan oleh tetamu individu dan bukan daripada jumlah tempahan. Tetamu perlu menyatakan nombor keahlian AirAsia BIG mereka semasa tempahan untuk layak menyertai peraduan ini.

Komen

Kekasih Paksa Rela (TV3)
Kekasih Paksa Rela (TV3)
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top