Apa Yang Menarik Tentang Filem JAB HARRY MET SAJAL Lakonan Shah Rukh Khan 

Pastinya ramai peminat dan penggemar bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan menantikan filem terbaru JAB HARRY MET SAJAL yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 4 Ogos ini. Apa yang menariknya tentang filem ini? Jom baca entri ni sampai habis.

Bercakap tentang sinopsis, filem arahan Imtiaz Ali ini mengisahkan seorang pemandu pelancong bernama Harinder ‘Harry’ Singh Nehra (lakonan Shah Rukh Khan) bertemu dengan Sejal Zaveri (Anushka Sharma) yang melancong ke seluruh Eropah sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya.

Dalam percutiannya itu, Harinder atau Harry menjadi pemandu pelancong kepada Sejal dan mereka berdua menjelajah ke seluruh Eropah. Selepas percutiannya berakhir, Sejal menghubungi tunangnya untuk memberitahu kepulangannya ke India, tetapi tanpa disedari cincin pertunangan yang tersemat dijarinya sudah hilang.

JAB HARRY MET SAJAL

Tunang Sejal mendesak dia mencari cincin itu lalu meminta bantuan Harry untuk mencarinya. Mereka terpaksa pergi semula ke semua tempat percutian yang pernah mereka lawati dan dalam pencarian it, mereka berdua jatuh cinta.

Untuk info pembaca, filem ini menampilkan pemandangan indah di sekitar negara Eropah di mana filem ini menjalani pengambaran di lokasi pelancongan menarik seperti Budapest, Hungary, Amsterdam (Belanda), Prague (Republik Czech) dan Punjab di India.

Filem ini adalah filem terbitan syarikat produksi SRK dan isterinya, Gauri iaitu Red Chillies Entertainment dan sebelum filem itu siap lagi, ia sudah dipromosikan dengan melancarkan lapan buah trailer di saluran Youtube. SRK memang terkenal dengan promosi filem melalui trailer kerana baginya ini sangat berkesan untuk memberikan gambaran dan teaser kepada peminat. Sebelum ini, SRK pernah menaiki keretapi dari Central Mumbai ke New Delhi bagi mempromosikan filem Races.

Apa yang anda perlu tahu ialah ini adalah kali pertama SRK bekerjasama dengan pengarah Imtiaz Ali. Pastinya ramai menantikan kelainan yang bakal disuntik oleh Imtiaz kerana pengarah ini terkenal dengan idea yang kreatif dan unik dari segi sinematografi dan olahan cerita.

Setidaknya, kolaborasi ini telah mengingatkan SRK terhadap karya mendiang Yash Chopra. Ini kerana mendian Yash Chopra banyak menerbitakan filem cinta dan pengambaran dibuat di seluruh India dan mendia juga ada cita rasa punjab. Sebab itulah, SRK mengkagumi naskah cinta Yash yang sangat hebat.

Untuk pengetahuan, watak dan nama Harinder Harry Sigh Nehra dan Sejal Zaveri adalah gabungan kombinasi bangsa Punjab dan Gujarati.

Semestinya, tak sah kalau filem Bollywood takde lagu runut kan? Kalau tak, semacam tak bernyawalah filem Bollywood… Jadi, dalam filem ini, penonton akan terbuai dengan lagu-lagu yang asyik berjudul Butterfly ciptaan Pritam dan lirik oleh Irshad Kamil. Lagu dan tariannya sangat bertenaga dan penuh warna-warni.

Lagu yang dinyanyikan oleh Aman Trikha, Nooran Sisters, Dev Negi dan Sunidhi Chaudan ini mengisahkan kemeriahan pesra yang diraikan petani di Punjab.

Budiey percaya, anda yang meminati filem Bollywood tidak melepaskan peluang untuk menonton di pawagam, bukan kerana lakonan bersahaja dan romantis antara Shah Rukh Khan dan Anushka tetapi mahu melihat sendiri pemandangan yang menakjubkan dipapar di layar besar. Budiey punt teruja nak menonton keindahan di setiap lokasi yang menjadi daya penarik untuk anda menonton.

Belum apa-apa lagi, filem JAB HARRY MET SAJAL telah menerima kritikan dari pengkritik filem terkenal India bernama Kamal Rashid Khan yang begitu lantang melontarkan komennya. Menurutnya, jalan cerita filem ini sama dengan Dilwale Dulhania Le Jeyenge lakonan SRK dan Kajol lebih 25 tahun lalu.

Dalam Dilwale Dulhania Le Jeyenge watak hero dan heroin yang sama-sama bercuti di Eropah berjumpa lalu jatuh cinta dan berkahwin walaupun pada mulanya bapa heroin menentang percintaan itu.

Beza antara kedua-dua filem ini hanya pada sebentuk cincin tetapi yang lain semua sama sahaja. Namun, peminat tegar SRK tetap menunggu tayangan filem ini. Renungan mata SRK saja mampu mencairkan hati peminatnya. Apatah lagi, banyak lagi elemen yang menarik menanti penonton setia.

Senario berbeza berlaku di Bollywood dan Hollywood, walaupun pelakon dah berusia, seperti Shah Rukh Khan yang sudah mencecah usia 51 tahun tapi tetap diberi peluang untuk memegang watak utama. Bahkan ramai pelakon wanita terbaru yang cantik jelita di sana sememangnya mengidam dan memasang angan-angan untuk menjadi heroin di sisi SRK. Hebat betul penangan dan aura SRK ni kan? Bukan apa, apabila dah berlakon bersama SRK ni sudah tentulah dapat menaikkan nama seseorang heroin itu kerana menerima tempias populariti dan tuah dari SRK.      ]

Jadi tak hairanlah kalau nama Anushka Sharma akan melonjak naik sejurus selepas tayangan filem ini. Sama-sama kita nantikan.

Tidak syak lagi filem ini akan menjadi filem cinta Bollywood paling menarik untuk tahun 2017.

Jangan lupa menonton di pawagam mulai 3 Ogos 2017.

JAB HARRY MET SAJAL

Komen via Facebook

Komen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza
Menyayat Hati Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter
SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di
Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR
Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia
Must read×

Top