Engku Emran Selamat Nikah Dengan Pelakon Indonesia Terkenal Laudya Cynthia Bella

Sekian lama berteka-teki dan membiarkan persoalan mengenai tarikh pernikahan mereka menjadi tanda tanya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, menamatkan spekulasi itu apabila diijabkabulkan dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, 29, petang tadi.

Dengan sekali lafaz, bekas suami Erra Fazira itu sah menjadi suami kepada pelakon yang mesra disapa Bella itu pada jam 6.57 petang. Pasangan itu dinikahkan bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Pada majlis itu, Engku Emran turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan pasangan mempelai itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri kaum keluarga terdekat serta sahabat karib.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Engku Emran dan Bella merakamkan penghargaan serta terima kasih kerana memberikan mereka ruang untuk melangsungkan acara pernikahan tanpa liputan media.

“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan media. Doakan perkahwinan kami dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata pasangan itu.

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}},
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘twitter’);
}
});
jQuery(‘#facebook’).sharrre({
share: {
facebook: true
},
template: ‘

{total}

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘facebook’);
}
});
jQuery(‘#googleplus’).sharrre({
share: {
googlePlus: true
},
template: ‘

{total}

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’,
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘googlePlus’);
}
});
});

Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top