ERA Fm Masih Kekal Radio No.1 Malaysia Dengan 6.3 Juta Pendengar

Berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, 2017 baru-baru ini, Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.4 juta pendengar setiap minggu. Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus dinobatkan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia dan dekat di hati rakyat Malaysia.

JoHaRa Pagi ERA yang sentiasa menceriakan suasana

ERA fm Masih Kekal Radio No.1 Malaysia Dengan 6.3 Juta Pendengar

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm mengalami peningkatan dari jumlah pendengar kepada 6.3 juta pendengar eksklusif seminggu.

Dari sudut kandungan radio, segmen pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.2 juta pendengar. Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan.

Rakyat Malaysia memilih segmen ‘JoHaRa’ sebagai santapan pagi setiap hari

Menurut Johan, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pendengar setia yang sentiasa menyokong dari awal kemunculan JoHaRa. Hampir 7 tahun bersama Haniff dan Ray, saya sangat yakin mereka juga merupakan tunjang utama kejayaan JoHaRa yang kekal sehingga kini menjadi segmen pagi pilihan rakyat Malaysia. Apa yang pasti, kami tidak akan berhenti untuk memikat hati pendengar ERA fm dengan pelbagai elemen-elemen yang akan mencuit hati mereka.”

ERA fm mula beroperasi pada tahun 1998 dan sehingga kini merupakan radio Bahasa Malaysia berformat terulung di Malaysia.

Menjadi radio pilihan pendengar muda dengan tagline “Muzik Hit Terbaik”, ERA fm masih mengekalkan konsep mesra pendengar yang sarat dengan hiburan dan berita semasa.Sepanjang beroperasi, segmen JoHaRa Pagi ERA telah menjulang beberapa anugerah seperti Anugerah Radio Paling Diminati di Shout Award, Anugerah Lawak Warna bagi kategori Segmen Komedi Radio Popular, Anugerah MeleTOP ERA dan banyak lagi. Selain itu, ERA fm turut mendapat sebuah anugerah Emas yang dipilih oleh pendengar di Putra Brand Awards dalam kategori Media dan Hiburan.

Komen via Facebook

Komen

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}},
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘twitter’);
}
});
jQuery(‘#facebook’).sharrre({
share: {
facebook: true
},
template: ‘

{total}

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘facebook’);
}
});
jQuery(‘#googleplus’).sharrre({
share: {
googlePlus: true
},
template: ‘

{total}

‘,
enableHover: false,
enableTracking: true,
urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’,
click: function(api, options){
api.simulateClick();
api.openPopup(‘googlePlus’);
}
});
});

Kekasih Paksa Rela (TV3)
Kekasih Paksa Rela (TV3)
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top