Ini 5 Perkara Tentang Tunang Nita Hamzah & Single Terbaru HADIRLAH CINTA

Jam 3 petang semalam, Budiey hadir di Pelancaran Program Versus 1001 Rasa Baba’s yang akan bersiaran di TV3 hujung bulan ini. Budiey terlibat secara langsung dengan program ini di mana Budiey ada tampil menjadi salah seorang juri untuk memberi markah kepada para peserta dalam 3 episod.

Di penghujung program ini, kami semua dihiburkan dengan penyanyi yang baru sahaja bertunang pada 15 Ogos lalu iaitu Nita Hamzah dan juga Elvira Arul. Budiey berkesempatan untuk menemubual Nita Hamzah yang akan melancarkan single terbaru berjudul HADIRLAH CINTA tak lama sahaja lagi. Jom tonton video temubual eksklusif ini:

Dah lama betul tak jumpa Nita Hamzah ni. Sejak dia bertukar imej, Nita tup tup dah bertunang. Jadi, Budiey tanya sikit pasal tunang Nita Hamzah tu. Apa ciri-ciri yang ada pada tunang tu membuatkan Nita Hamzah berpaut hati.

Penyanyi, Nita Hamzah, tidak pernah berputus asa dalam usaha mengukuhkan namanya di persada seni muzik tempatan.

Nita, 37, berkata muzik sudah menjadi minatnya sejak kecil dan beliau percaya, rezeki akan tetap berpihak kepadanya satu hari nanti.

“Kalau nak cakap soal putus asa, sudah lama saya berbuat demikian. Namun perkataan itu tidak pernah wujud dalam hidup saya.Apatah lagi memiliki ibu yang sentiasa memberikan sokongan moral, ia membuatkan saya tidak mudah mengalah. Saya yakin, rezeki sentiasa berpihak kepada kita jika disertakan dengan usaha,” katanya yang ditemui pada sidang media  di sini.

Ekoran itu, Nita bakal menampilkan single baharu, Hadirlah Cinta, sebagai tanda kemunculan semula beliau selepas lama menyepi daripada industri seni. Lagu pop itu masih dalam pembikinan dan bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Sebenarnya, saya masih menerima jemputan nyanyian untuk acara korporat mahupun karnival. Cuma, nama saya agak sepi di arus perdana. Meskipun sukar mendapat tempat dalam industri, saya yakin lagu ciptaan Sharon Paul dan Iman Imran itu akan diminati ramai. Apa yang penting, saya percaya pada rezeki,” katanya.

Sementara itu, berkongsi pengalaman dirinya menjadi tunang orang sejak Ogos lalu, Nita mengakui dapat berasakan dugaan yang dilalui bersama buah hatinya, Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29.

“Tak sangka, memang wujud dugaan waktu bertunang ini. Pernah sekali kami bergaduh sepanjang seminggu kerana perkara remeh. Tak pastilah sama ada saya yang terlebih emosi, tetapi setiap hari ada saja perkara yang nak dijadikan isu,” katanya berseloroh.

Pasangan itu belum lagi menetapkan tarikh untuk naik pelamin, namun mereka dijangka bakal diijabkabulkan pada awal tahun depan.

Sumber: Berita Harian

Nita Hamzah

Komen via Facebook

Komen

Kekasih Paksa Rela (TV3)
Kekasih Paksa Rela (TV3)
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top