Komedi Empat Madu Bersatu Elak Diceraikan Dalam Telemovie Mambo No. 5

Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya menjalankan amanah menguruskan kesemua ahli keluarganya apatahlagi wanita bermadu dengan sempurna dan jangan sampai mengakibatkan berlakunya perselisihan faham.

Islam sudah meletakkan panduan bermadu dengan cukup sempurna tetapi sayangnya ada juga suami bersikap ‘lepas tangan’ sebagai ketua keluarga malah gagal dalam menunaikan tanggungjawab mendidik isteri.

Walaupun hidup bermadu itu dihalalkan, hidup di alam poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kepada pengorbanan suami, isteri dan madu. Apatahlagi bila bermadu empat sekaligus.

Disampaikan secara santai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton menyaksikan telemovie komedi bila mana seorang lelaki yang sudah beristeri empat telah jatuh cinta dengan wanita lain yang lebih cantik bergaya. Situasi itu membuatkan mereka berempat yang pada mulanya bermasam muka bertemu dan bersepakat mahu mempertahankan status mereka sebagai isteri.

Menerusi telemovie “Mambo No. 5” yang disiarkan pada 12 Mac ini, pukul 10.05 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1, pengajaran yang diselitkan bahawa wanita termasuklah golongan isteri seharusnya terus menjaga penampilan meskipun sudah berumahtangga. Realitinya ia berlaku dalam kehidupan seharian kita bila mana penampilan diri sudah ditolak tepi bila sudah menjadi isteri dan ibu.

Dilakonkan watak utamanya oleh Che Kem sebagai Hj. Soud, telemovie ini turut dijayakan pelakon Jasmin Hamid, Nadia Mustafar, Faezah Elai dan Sharifah Nadia.

Ia mengisahkan gelagat Hj. Soud, seorang lelaki bisnes beristeri empat yang pantang melihat perempuan berdahi licin. Pada satu ketika Hj. Soud terserempak dengan Kelly, seorang gadis penyampai berita TV.

Mereka berdua jatuh cinta pada pandangan pertama. Di mana sahaja Hj. Soud berada, wajah Kelly pasti terbayang dan akan menyebut namanya, lantas mendapat habuan padah daripada isteri-isterinya.

Perubahan sikap penampilan diri pada Hj. Soud dapat dibaca oleh para isterinya. Mereka, yang pada asalnya selalu bersengketa di antara satu sama lain, kini bersepakat mencari jalan untuk tidak diceraikan.

Dengan nasihat daripada isteri tertua, semua madu-madunya berusaha mengubah penampilan diri, sikap yang tidak disenangi dan mengambil hati suami mereka. Hj. Soud menjadi keliru, tidak tahu siapa yang mahu dicerainya kerana jiwanya tergoda semula kepada semua isteri-isterinya.

Salah seorang daripada isteri pergi menyerang dan memberi amaran kepada Kelly untuk menjauhkan diri daripada suami mereka. Namun adakah usaha mereka untuk menghalang Hj. Soud berkahwin lain berjaya? Adakah dia tidak jadi menceraikan isteri-isteri dan kembali damai bersama?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza
Menyayat Hati Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter
SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di
Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR
Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia
Must read×

Top