Mencari Cinta Allah Dalam Drama Bersiri DIA SEGALA-GALANYA

Sudah pasti setiap daripada kita mendambakan cinta Allah S.W.T. Cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang dimiliki manusia. Antara cara untuk meningkat rasa cinta kita kepada Allah adalah dengan mengingati segala nikmat Allah kepada kita, mengenali Allah melalui sifat-sifat dan nama-namaNya yang indah (al-husna) yang dapat kita baca di dalam al-Quran, dan menilai amalan-amalan kita selama ini.

Namun setakat manakah usaha kita untuk mencapai matlamat tersebut? Menerusi drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dia Segala-galanya” mulai 12 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.30 malam di TV1 membawa penonton menghayati kisah kekeluargaan dan percintaan yang mendekatkan diri kepada Tuhan.

Poster Drama Bersiri Dia Segala-galanya

Mencari Cinta Allah Dalam Drama Bersiri DIA SEGALA-GALANYA di TV1

Menampilkan pelakon utama Dato’ Eizlan Yusuf, Uqasha Senrose, Arief Farhan, Talha Harith, dan Ezaty Abdullah, 13 episod ini membawa kisah Suraya merupakan anak angkat keluarga kaya. Papa dan mama serta anak sulung keluarga ini menerimanya dengan baik. Namun anak kedua keluarga ini, Fazrul tidak senang kehadiran Suraya sejak kecil lagi. Apabila tamat pengajian, Angah masih tidak dapat menerima Suraya yang kini berusia 22 tahun. Tok ayah meminta ‘papa’ agar menceritakan kisah sebenar kepada Suraya tetapi ‘papa’ enggan.

Leman berjumpa Zarina ketika Marina dalam perjalanan ke stesen bas untuk ke Kuala Lumpur. Suraya pengsan dan diselamatkan oleh seorang wanita berpurdah bernama Sarah Jessica Abdullah. Suraya dibenarkan pulang dari hospital. Namun dia perlu mendapatkan penderma air tulang sum-sum untuk mengubati penyakitnya.

Farah dan Suraya bersahabat. Suraya yang berada di hospital dan tidak balik rumah beberapa hari dan Fazrul tertanya-tanya ke manakah Suraya pergi. Along bertemu dengan Marina dan saling jatuh cinta namun Along enggan berterus-terang. Marina kembali ke kampung dengan rasa kecewa dan Along kesal.

Suraya merahsiakan penyakitnya daripada semua orang termasuk keluarganya. Dia juga enggan mendapatkan rawatan kimoterapi dengan alasan mahu menduduki peperiksaan universiti beliau. Untuk mengelakkan keluarga mengetahui penyakitnya, Suraya tinggal di asrama. Fazrul dipukul oleh sekumpulan lelaki dan diselamatkan oleh Sarah. Mereka saling mengenali namun Fazrul tidak dapat mengecam Sarah yang telah berpurdah.

Farah seringkali berselisih dengan Fazrul. Fazrul risaukan Suraya yang tidak balik ke rumah walaupun layanannya terhadap Suraya dingin. Suraya dimaklumkan mengenai ibu kandungnya oleh papa dan mama. Dia telah diserahkan oleh bapa kandungnya kepada bapa angkatnya itu dengan bayaran tunai.

Suraya memberitahu Farah mengenai penyakitnya. Farah menceritakan bagaimana beliau pernah menyelamatkan seorang lelaki yang dipukul. Lelaki ini membantu beliau dengan memberi semangat dan bantuan kewangan untuknya menyambung pelajaran.

Farah dan Suraya berada di hospital dan Farah memberi semangat agar Suraya tabah untuk mendapatkan rawatan kimoterapi. Rambut Suraya gugur apabila disikat. Fazrul pergi ke rumah Tok Ayah dan berterus-terang dia sebenarnya mencintai Suraya. Dia seringkali beristiqarah dan dalam mimpinya seringkali wajah Suraya yang muncul. Fazrul ingin menikahi Suraya.

Farah bercerita kepada Fazrul mengenai penyakit Suraya dan ingin menderma sum-sumnya kepada Suraya. Dia juga mahu segera mengahwini Suraya. Fazrul akhirnya berjumpa dengan Suraya dan hubungan mereka yang selama ini dingin menjadi mesra. Tetapi dalam masa yang sama Fazrul seringkali teringat kepada Farah, kekasih lamanya tanpa menyedari kewujudan Farah sebagai saudara baharu di hadapannya.

Fazrul diberitahu bahawa sumsumnya tidak sesuai untuk Suraya dan penderma baru perlu dicari. Tanpa penderma Suraya hanya memiliki masa 6 bulan untuk hidup. Along telah pergi ke kampung untuk mencari Marina. Dia berjumpa Marina dan mencurahkan peraaan kepada Marina. Fazrul sentiasa berada di hospital menemani Suraya.

Leman yang selama hari ini menyimpan perasaan pada Marina berasa kecewa apabila ternampak Fazrul bersama Marina. Farah berjumpa Suraya di hospital memberitahu mengenai penderma. Fazrul di hospital diberitahu ada penderma tetapi pendermanya merahsiakan identitinya. Pembedahan ke atas Suraya berjaya namun kesan daripada penyakitnya menyebabkan dia tidak boleh mengandung dan melahirkan anak. Suraya kecewa dan membuat keputusan tidak mahu berkahwin. Suraya balik ke kampung duduk di rumah Tok Ayah.

Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan Fazrul dan Suraya? Siapakah penderma yang merahsiakan identitinya itu?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Ezaty Abdullah...antara pelakon drama bersiri Dia Segala-galanya

Komen via Facebook

Komen

Kekasih Paksa Rela (TV3)
Kekasih Paksa Rela (TV3)
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top