Menyiasat Dunia Paranormal Dalam Seekers Underground

Setiap pelusuk dunia sering melaporkan tentang penemuan paranormal, namun fenomena paranormal yang sukar dijelaskan ini membuatkan manusia berusaha untuk mempelajari dan mendalami tentang alam ghaib ini. Walaupun ramai percaya akan kewujudan entiti malah ada juga yang pernah mengalami penemuan-penemuan yang menakutkan namun ada juga pihak yang berpendapat penemuan paranormal ini sebagai satu helah atau delusi.

Demi membuktikan fenomena ini, sekumpulan penyiasat paranormal dari Malaysia akan menjelajah ke Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan dan Johor untuk meniyasat tempat-tempat yang dikatakan ‘berhantu’ dalam Seekers Underground. Siri paranormal 15 episod ini sudah memulakan siaran pada 11 November 2016, (setiap Jumaat) di portal online no. 1 Malaysia, tonton.

Rancangan ini merupakan spin-off siri popular Seekers yang pernah ditayangkan di saluran ntv7. Seekers merupakan satu-satunya rancangan paranormal tempatan yang turut mendapat sambutan baik di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Seekers Underground menampilkan penyelidik paranormal dan jurugambar profesional, Syai yang akan bergandingan dengan Amir, seorang psikik yang mampu melihat dan berhubung dengan alam ghaib. Duo ini akan bekerjasama dengan ahli paranormal tempatan yang lain untuk mendapat akses ke tempat-tempat ‘berhantu’ dan luar biasa di Malaysia.

Pada permulaan setiap penyiasatan, mereka berdua terlebih dahulu akan mengkaji sejarah tempat tersebut serta mengumpul maklumat dari para penduduk yang pernah melaporkan penemuan paranormal ini. Kemudiannya mereka akan memulakan penyiasatan mereka dengan menggunakan peralatan canggih seperti termometer digital ir, kamera digital, Gopro cahaya ultraviolet dengan mekanisme 360o, perakam suara tape, dan kamera video inframerah.

Seterusnya, mereka akan menganalis data yang dikumpul untuk mengenal pasti bukti aktiviti paranormal. Program ini dirakam dalam bentuk HD.

“Terdapat ramai rakyat Malaysia yang meminati rancangan-rancangan seram. Para penonton juga ingin menyaksikan pengisian yang menarik. Oleh itu, kami pasti Seekers Underground dapat memberi penonton apa yang mereka mahukan. Bagi peminat-peminat setia Seekers, anda boleh menonton rancangan ini pada bila-bila masa sahaja di tonton,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & tonton.

Sertai kumpulan paranormal Seekers Underground dalam misi menyiasat kewujudan paranormal yang terdapat di Malaysia setiap Jumaat bermula 11 November 2016 ini hanya di portal nombor 1, tonton.

Anda boleh melanggan pakej VIP terbaharu serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video tonton melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video. Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP

 

Komen

Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top