Penyanyi Rap Gaya Jalanan Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Penyanyi rap gaya jalanan Zamaera, kembali dengan single terbarunya, “Wanita”. Kini tampil dengan kombinasi gaya sofistikated dan ranggi, Zamaera berharap agar “Wanita”, single Bahasa Malaysia pertamanya akan menjadi lagu tema di kalangan wanita moden.

Lagu ini memberi penghormatan kepada kaum wanita yang bukan sahaja memiliki kekuatan diri, mampu berdikari, anggun, tetapi juga menjadi teladan buat semua.

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Zamaera Menjiwai Semangat Wanita Berdikari yang Anggun lagi Berkuasa melalui Single terbarunya – “Wanita”

Nama Zamaera telah meledak di arena muzik pada awal tahun ini dengan single pertama beliau, “Helly Kelly” yang telah mendominasi carta MET Hitz FM selama enam minggu. Beliau ingin terus menghangatkan industri muzik Malaysia dengan lagu keduanya – “Wanita”, yang mempamerkan kepelbagaian bakatnya dengan menggabungkan versi rap dan pembawaan melodi nyanyiannya yang tersendiri. Ini adalah evolusi ‘freestyle’ beliau terhadap genre R&B dan Hip Hop.

Zamaera yang dikenali dikalangan rakan-rakannya sebagai seorang yang positif dan senantiasa ceria, berharap agar “Wanita” dapat menyemarakkan semangat pemerkasaan wanita. Penyanyi pelbagai bakat ini menyatakan yang kaum wanita harus berani mengatasi halangan ‘siling kaca’ untuk mencapai kejayaan. Lirik “Tak perlu lelaki untuk berdikari, she miss independent like hari-hari” menggambarkan bahawa kaum wanita berupaya untuk menguasai apa jua rintangan.

“Saya mahu semua wanita meraikan diri mereka dan menganggap kewanitaan sebagai satu kekuatan dan bukan satu kelemahan,” kata Zamaera, “Saya juga inginkan sebuah lagu tema bagi mereka yang sedar akan kepentingan nilai diri. Bagi kaum lelaki pula, ya! Lagu ini semestinya juga untuk anda kerana wanita haruslah dihargai oleh semua” tambah beliau.

Adalah mustahil untuk mendengar lagu “Wanita” dan tidak terpengaruh dengan lirik positif yang menyatakan bahawa setiap wanita memiliki kekuatan mereka yang tersendiri. Zamaera percaya yang setiap wanita tahu akan kekuatan mereka, dan inilah masanya untuk terus memperjuangkan semangat pemerkasaan wanita.

Single terbaru Zamaera – “Wanita ” kini boleh didapati di YouTube

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

LATAR BELAKANG ZAMAERA

Zamaera bukan sekadar artis rap, penyanyi versatil ini juga seorang penulis lagu. Beliau telah mula berjinak dengan dunia seni semenjak berusia 8 tahun. Berasal dari Subang Jaya, beliau mula mengarang puisi dan cerita pendek di samping menyertai peraduan menulis. Bagaimanapun, minatnya dalam genre rap, soul, R&B dan hip-hop semasa di sekolah, digabungkan dengan minatnya terhadap kesusasteraan Inggeris dan pengaruh muzik daripada Tupac, Beyonce, Lauryn Hill dan Erykah Badu telah mendorong beliau untuk menceburi gaya nyanyian ‘rap’.

Kini, berusia dua puluh dua tahun, Zamaera telah menempa nama sebagai artis rap melalui lagu beliau berjudul “Helly Kelly” yang diterbitkan oleh Kidd Santhe . Lagu ini telah melonjak didalam carta Malaysia pada bulan Mac 2017. Antara kemuncak penglibatannya di dalam industri muzik tanahair ialah sewaktu beliau berkolaborasi dengan penyanyi rap terkemuka Malaysia, Joe Flizzow dan bintang hip hop, SonaOne. Zamaera juga pernah mengatasi 50 peserta lelaki dalam acara Red Bull Blend 2016, sebuah pertandingan ‘rap cypher’ yang mana beliau telah berjaya menggandang gelaran naib johan.

Jangan terpedaya dengan penampilan eksotik Zamaera kerana beliau seratus peratus anak jati Malaysia. Sehingga sekarang, Milo ais masih merupakan air kegemarannya, terutama pada waktu santai bersama rakan-rakannya Selain daripada bakatnya dalam seni muzik, Zamaera juga gemar turun ke dapur dan memasak masakan jenis Korea dan mampu bertutur bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris malah Jerman.

Instagram – Zamaeraaa (Zambino), Facebook – Zamaera Official, Twitter – @Zamaeraaa,
#zamaera, #WanitaHariEsok #WHE #wanita

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Zamaera Lancar Single Terbaru WANITA

Komen via Facebook

Komen

Kekasih Paksa Rela (TV3)
Kekasih Paksa Rela (TV3)
Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai
SELEPAS heboh mengenai pengakuan berani pegawai media
Isu €Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel
ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi
MENGIKUTI kisah hot Syahir dan Mona Shamimi
Must read×

Top