Penyanyi Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia

Selepas dua hari berada dalam keadaan tenat, bintang legenda negara, Tan Sri SM Salim akhirnya menghembuskan nafas terkahir akibat sakit tua kira-kira pukul 5.44 petang Khamis.

Berita itu disahkan oleh anaknya, Sheikh Shamsul Salim, 51, ketika dihubungi mStar Online petang ini.

Jenazah dijangka dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat.

Tan Sri SM Salim

Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhastApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis.

Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli MS dan Datuk A Rahman Hassan.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumah anaknya di Sering Ukay, Ampang dekat sini.

SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, mengalami lumpuh sejak 17 tahun lalu dan hanya mengharapkan kerusi roda untuk bergerak.

Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatannya semakin merosot sehinggalah dia sukar bernafas pada malam Selasa lalu.

Sepanjang hayatnya, bekas juruhebah RTM bermula tahun 1957 ini banyak menyanyikan lagu-lagu klasik.

Antara lagu yang turut popular ialah ialah Pandang-Pandang Jeling-Jeling nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Satu bersama Zainal Abidin.

Lagu lain yang popular ialah Apa Dah Jadi.

Semasa hayatnya, beliau pernah menerima Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani bersama tujuh orang anak iaitu Siti Nuraishah, 60, Sheikh Samsuddin, 68, Siti Nur Huda, 56, Siti Maheran, 54, Siti Huzayah, 53, Sheikh Shamsul, 51, dan Siti Zubaidah, 35.

Sumber : Mstar Online

Komen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza
Menyayat Hati Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter
SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di
Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR
Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia
Must read×

Top