Sinopsis Drama Hantu Punya Bos [2016] Iris TV3

Metrowealth (MIG) Pictures Sdn Bhd bakal muncul dengan drama terbaru terbitannya iaitu Hantu Punya Bos. Drama ini diadaptasi daripada novel hasil karya Dekna Lee terbitan Love Novel dan diolah serba sikit dalam bentuk drama oleh pengarah terkenal Feroz Kader. Drama ini dilakonkan oleh Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor dan ramai lagi tau. Drama ini telah ditayangkan kepada semua di saluran Tonton dan diikuti Slot Iris TV3 pada 28 Disember ini.
Novel Hantu Punya Bos karya Dekna Lee
Details

Tajuk: Hantu Punya Boss
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2016
Hari Tayangan:  Isnin – Khamis
Masa Tayangan: 6.30 Petang
Saluran: Slot Iris TV3
Episod Penuh:  20 Episod
Pengarah: Feroz Kader
Terbitan: Metrowealth (MIG) Pictures Sdn Bhd
    Pelakon
    Syukri Yahya sebagai Arrayan
    Intan Najuwa sebagai Abby
    Aizat Hassan sebagai Hisyam
    Afiera Riana sebagai Suzanna
    Fahmy Reza sebagai Azham
    Iszander Nor sebagai Wandy
    Tengku Fiella sebagai Lisa
    Sinopsis
    Abby (Intan Najuwa) mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu.

    Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya.

    Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja.

    Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf.

    Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

    Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir.

    Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby.

    Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan?

    Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
    Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Berbadan Dua
    PERTAMA kali menghadapi kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza
    Menyayat Hati Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter
    SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima
    Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
    Shahir Mahu Melamar Erra Fazira Awal Tahun Hadapan
    NAMA Shahir Zawawi semakin kerap muncul di
    Senarai Keputusan Pemenang Konsert AF MEGASTAR
    Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia
    Must read×

    Top