Sinopsis Penuh Filem VOODOO DOLL

In filem, Sinopsis, Uncategorized

Hanh, Thu dan Quan adalah rakan sekelasK22 di Controversy University. Hung, seorang guru muzik berusia 40an tahun yang kacak ditugaskan untuk mengajar kelas tersebut. Hung juga merupakan pelajar di sekolah itu pada 15 tahun yang lalu. Wajah Thu mengejutkan Hung dan membuatkan guru itu berasa kurang senang hati. Ini adalah kerana Thu mirip dengan bekas teman wanita Hung. Tiga rakan sekelas itu telah mengesan sikap pelik Hung terhadap Thu, namun mereka hanya berfikir bahawa Hung terpikat dengan kecantikan Thu.

VOODOO DOLL

Pada suatu petang, Hanh, Thu dan Quan tidak pulang lepas sekolah demi menjalankan latihan untuk persembahan akan datang. Semasa bermain-main, mereka terlanggar sebuah dinding lalu mendedahkan sebuah lubang yang dalam dan gelap pada dinding itu. Dengan bantuan lampu telefon bimbit, mereka menemui sebuah anak patung yang pelik di mana sebatang paku menikam pada bahagian jantungnya.

Pada mulanya mereka berasa ingin tahu dan tiada idea tentang anak patung itu. Akan tetapi, Quan berasa seperti dia kenal akan anak patung itu serta ia juga kelihatan seperti Thu. (Dalam teori ilmu hitam anak patung voodoo, semakin mirip anak patung dengan si mangsa, semakin kuat kuasa sihirnya)

Walau bagaimana pun, Thu berkeras kepala untuk membawa anak patung itupulang ke asrama mereka.

Sejak itu, beberapa kejadian yang berkaitan dengan kuasa jahat mula berlaku, seperti mata anak patung berdarah, bayang putih bertubi-tubi muncul, suara nyanyian berbisik di udara, gadis berbaju putih bermain piano pada waktu malam…

Selain daripada itu, Huong iaitu isteri Hungmula mengalami mimpi ngeri, kerisauan yang buruk, tidak dapat tidur, malah mempunyai khayalan tentang gadis berpakaian putih serta mempunyai rambut yang hitam lagi panjang, tetapi seluruh badannya diliputi air dan darah. Huong mula mengambil bermacam-macam jenis ubat untuk menenangkan fikiran dan untuk merawat sakit kepala. Sebenarnya dia tahu siapa gadis berpakaian putih dalam mimpi dan khayalannya. Ini membuatnya lebih cemas.

Huong memaksa Hung membawa dia kembali ke sekolah, mendedahkan bahawa dia pernah belajar di situ dan kedua-dua mereka juga pernah berada di dalam kelas K22. Hung tidak faham mengapa Huong begitu ingin kembali ke kelas K22 namun dia tetap membawa isterinya ke situ. Huong tahu di mana destinasinya dan dengan serta-merta dia menemui lubang di dinding. Akan tetapi, apa yang dicari olehnya tidak lagi berada di dalam lubang itu.

Huong mengalami tamparan hebat dengan kejutan dan ketakutan. Pada masa yang sama, Hanh, Thu dan Quan sebenarnya bersembunyi di dalam bilik kelas. Mereka datang untuk meletakkan anak patung ke tempat asalnya kerana mereka dapat merasai sesuatu yang amat jahat tentang anak patung itu. Mereka turut menyedari bahawa Hung dan Huong ada kaitan dengan anak patung itu.

Di dalam kereta, Huong mendedahkan kebenaran kepada Hung iaitu pada 15 tahun lalu, dia menyelinap masuk ke bilik mayat dan menemui sebuah mayat perempuan. Dia telah menggunting rambut dan kuku mayat itu dan memberikannya kepada seorang bomoh. Kemudian bomoh itu melakukan upacara sihir denganmenggunakan rambut dan kuku ke atas anak patung yang berupa mirip dengan gadis yang telah mati itu. Gadis itu adalah Linh, bekas teman wanita Hung pada 15 tahun yang lalu. (Tetapi kita masih tidak tahu sebab kematiannya)

Huong percaya bahawa hantu Linh masih menghantuinya, dia telah menggunakan ilmu sihir untuk mengurung roh Linh agar dirinya boleh memiliki kehidupan yang aman buat beberapa tahun. Tetapi sekarang, sedangkan anak patung voodoo itu ditemui dan terdedah, semua mimpi ngeri dan perkara seram kembali lagi ke dalam kehidupan mereka. Hung menasihatkan Huong untuk berhenti mempercayai perkara-perkara seperti itu, namun tiada apa boleh mengubahkan fikiran Huong. Dia amat marah dan berazam untuk mengurung hantu Linh sekali lagi.

Hanh, Thu dan Quanmembuat keputusan untuk mencungkil rahsia di sebalik anak patung itu. Mereka membawanya kepada seorang bomoh tetapi bomoh itu tercedera sebaik saja menyentuh anak patung. Kemudian Thu mula berkelakuan ganjil, kadang-kala dia berasa seperti dia bukan lagi dirinya tetapi orang lain dengan suara dan mata yang penuh perasaan berdendam. Apabila mereka membawa anak patung itu kepada seorang bomoh yang lebih kuat, bomoh itu mengesan kehadiran kuasa jahat di dalam badan Thu. Bomoh itu berkata bahawa dia tidak mampu berbuat apa-apa. Ini adalah kerana mereka perlu mencari bomoh yang melakukan ilmu sihir dengan anak patung jika ingin menyelesaikan masalah tersebut.Dia juga berpaling kepala pada Thu dan bercakap dengan dia. Sebenarnya bomoh sedang berkomunikasi dengan sesuatu yang telah merasuki badan Thu. Dia cuba menasihati semangat jahat itu untuk pergi dan berhenti mencederakan orang, tetapi usahanya tidak berhasil. Hantu yang merasuki badan Thu menjadi marah dan menyerang bomoh. Setelah bomoh berlawan, hantu itu hilang dan meninggalkan Thu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Walau begitu, Hanh, Thu dan Quan tetap mengikuti bukti yang dijumpai oleh mereka untuk mencari maklumat kelas K22 pada 15 tahun lalu. Mereka menemui gambar kelas dan terdapat seorang gadis dengan wajah mirip sama Thu dan mempunyai senyuman ceria. Nama gadis itu adalah Linh, dia berdiri bersebelahan dengan seorang lelaki muda iaitu Hung. Isterinya Huong juga berada di dalam gambar tersebut. Tiga rakan sekelas itu terus mencari gambar sekeping demi sekeping, mendapati bahawa Linh tidak lagi muncul di dalam gambar semester seterusnya. Di samping itu, Hung dan Huong kelihatan berdiri lebih dekat antara satu sama lain. Kemudian mereka menemui sebuah artikel tentang seorang gadis bernama Linh terbunuh di dalam kemalangan yang menyedihkan.

Mereka terus mencari maklumat dengan meminta bantuan daripada seorang wanita yang menjual minuman di luar sekolah, dengan harapan dia tahu sesuatu pada masa lalu mengenai kemalangan tersebut. Mereka bernasib baik kerana telah berjumpa dengan orang yang betul. Wanita ini masih ingat pada masa itu, ada banyak khabar angin mengenai kematian gadis itu. Menurutnya, gadis itu sudah mengandung pada waktu dia dilanggar oleh sebuah lori, sebaik saja ditinggalkan oleh teman lelakinya yang juga merupakan bapa kepada kandungannya.

Thu pergi ke bilik pejabat Hung, memarahinya dan menunjukkan gambar-gambar di mana dia bersama dengan Linh. Thu bertanya kepada Hung pernahkah dia berasa bertanggungjawab ke atas kematian teman wanitadan anak sendiri. Hung sangat marah tetapi juga terkejut dengan berita tentang bekas teman wanitanya sudah mengandung pada waktu itu.

Huong telah mengalami kemalangan di lebuh raya kerana dia sentiasa mempunyai khayalan dan melihat hantu mengikutnya dalam pelbagai jenis bentuk yang menakutkan. Semasa di hospital, dia diberitahu telah mengandung buat kali pertama, selepas 15 tahun mencuba.

Terkejut dengan berita dari Thu, Hung balik ke rumah lalu berdepan dengan Huong. Hung menyalahkan Huong kerana dialah sebabnyaHung meninggalkan Linh dan menyebabkan kematian Linh serta anaknya. Tetapi Huong berkata bahawa segalanya sudah berlalu dan kini anak mereka adalah yang paling penting. Hung tidak boleh membantah dan perlu meneruskan kehidupan dengan kenyataan itu.

Kerisauan dan khayalan Huong semakin bertambah teruk. Dia pergi berjumpa dengan bomoh yang mengurungkan roh Linh dengan menggunakan kuku dan rambutnya pada 15 tahun lalu. Bomoh itu berkata bahawa sedangkan anak patung voodoo itu telah hilang, maknanya roh Linh sudah bebas dan akan kembali untuk membalas dendam dan membunuh Huong. Walau begitu, dia masih boleh mengurung roh Linh tetapi memerlukan sesuatu yang lebih kuat.

Huong mengupah beberapa orang samseng untuk menggali kubur Linh. Semasa menggali, samseng-samseng itu berasa takut dan semuanya melarikan diri sebelum kerja selesai. Huong meneruskan penggalian dengan tenaga diri sendiri. Akhirnya, dia mendapat sesuatu dari kubur, tulang Linh. Dia menyerahkannya kepada bomoh. Kali ini bomoh membuat satu anak patung voodoo baru dengan tulang Linh, dan ia akan digunakan untuk mengurung roh Linh buat selama-lamanya. Upacara sihir itu akan dilakukan pada 30hb kerana pada waktu itulah roh Linh yang marah menjadi paling lemah. Namun begitu, Linh telah merasuki badan Thu dan ingin memperalatkan Thu untuk membalas dendam. Huong perlu memastikan Thu muncul pada masa yang tepat agar bomoh boleh mengurung roh Linh.

Huong menelefon kepada Thu untuk satu pertemuan dan berjanji akan memberitahu segalanya kepada Thu. Dengan ditemani oleh Quan dan Hanh, Thu tiba di bilik kelas K22. Bomoh itu bersembunyi di dalam bilik kelas, bersedia untuk menangkap roh Linh sebaik saja Thu masuk ke dalam. Bomoh telah membawa anak patung yang dibuat dengan tulang Linh, tukul besi dan beberapa batang paku besar. Dia merancang untuk mengetuk semua paku-paku besar ke dalam bahagian jantung anak patung demi membunuh Linh buat kali terakhir.

Hung memandu selaju yang boleh menujuke universiti kerana dia gagal menghubungi Huong dan yakin bahawa isterinya akan bertindak melulu lagi.

Akhirnya, Thu tiba dibilik kelas tetapi bukan sahaja dia, Linh turut memunculkan diri. Dia ketawa mengejek pada bomoh dan Huong. Apabila melihat mereka berdua, bomoh berasa takut dan terus jatuh pengsan.

Apabila Linh cuba menyerang Huong, Hung muncul dan menghalang dia. Hung merayu kepada Linh, meminta keampunannya ke atas mereka berdua, terutama bagi Huong. Linh memandang Hung dan imbas kembali memori indah yang dikongsi oleh dia dan Hung pada 15 tahun lalu, bagaimana mereka jatuh hati antara satu sama lain dan bagaimana Huong sentiasa cemburu dan menginginkan Hung. Kemudiannya di parti hari jadi Huong, Hung telah mabuk, Huong menolaknya ke katil dan mereka berasmara. Pada suatu harihujan, Linh merayu kepada Hung supaya tidak meninggalkan dia, tetapi Hung enggan berbuat sebegitu kerana Huong memberitahunya bahawa dia telah mengandung selepas malam itu.Linh cuba memberitahu Hung bahawa dia juga mengandung anaknya namun tiada peluang untuk berbuat demikian. Kereta Huong datang dan membawa pergi Hung. Linh dalam kehampaan terpegun di tepi jalan dan dimandikan air hujan. Baginya, dunia seolah-olah telah runtuh. Tiba-tiba dia berlari ke depan sebuah lori yang laju, pemandu itu gagal menghentikan lori dan Linh terus dilanggar mati. Roh Linh meninggalkan jasadnya dan kembali ke sekolah, duduk di dalam bilik kelas K22, memeluk anaknya dan menyanyikan lagu dodoi.

Apabila imbas kembali tamat, Huong mengambil kesempatan untuk menikam dan mengetuk kesemua paku ke dalam anak patung voodoo, menghantarkan Linh ke dalam kurungan buat selama-lamanya. Namun, dia putus asa dan takut kerana semua itu tidak berkesan terhadap Linh. Kini Linh menanggalkan topeng yang dipakainya dan menunjukkan dia bukannya Linh. Wanita itu adalah orang gaji tua di rumah Huong dan Hung. Wanita itu menangkap Huong dan menikam tekaknya dengan sebilah pisau. Dia menangis dan mengatakan dirinya adalah ibu Linh dan telah gila selepas kematian anak perempuannya. Dia bertekad untuk membalas dendam dan menghukum Huong dan Hung atas dosa mereka. Sebenarnya, Thu adalah adik kembar Linh, dia dan ibunya merancang segala-galanya sejak awal. Setiap kerja bomoh, fenomena hantu, semuanya adalah rancangan mereka untuk menakutkan Huong dan untuk membuat dia hilang kawalan diri dan menghukum Huong atas dosanya. Segala kejadian tahayul dijelaskan dengan imbas kembali dan semua itu adalah rancangan mereka.

Apabila Hung merayu kepada ibu Linh untuk keampunan dan melepaskan dia, supaya segala kebencian dan dendam dihentikan, Huong mengambil peluang itu untuk merampas pisau dan menyerang ibu Linh. Mereka berdua saling menolak dan bergelut. Hung cuba menghentikan kedua-dua mereka tetapi dia ditolak sampai hilang keseimbangan lalu terjatuh ke tanah, paku-paku yang diketuk oleh Huong ke dalam anak patung voodoo telah menikam jantung Hung dengan tepat disebabkan dia terjatuh di atasnya. Di saat-saat terakhir hayat Hung, dia ternampak cahaya putih dan meminta maaf kepada Linh seolah-olh dia bertemu dengan Linh. Kemudian dia mati di pangkuan Huong sedangkan Huong menjerit dalam kehampaan dan patah hati.

Komen

Tags :

cerpen rindu seorang rafik tingkatan 4, neng chupi, cerseks ibu dan anak, plot rindu seorang rafik, novel PISA bab22, siapakah neng cupi
Dosa Perempuan (TV3)
Dosa Perempuan (TV3)
Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan
Misteri Kematian Dalam Telemovie SEINDAH TAKDIR
Misteri Kematian Dalam Telemovie SEINDAH TAKDIR
Menerusi telemovie bertajuk “Seindah takdir” yang bakal
Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)
Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)
Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
Must read×

Top