Yang Anda Patut Tahu Tentang MALAM-MALAM CARI MAKAN

In rtm, TV1, Uncategorized

Kebiasaannya malam adalah waktu rehat dan masa bersantai bersama keluarga mahu pun rakan-rakan. Tetapi ada segelintir golongan yang menunggu malam untuk mencari rezeki. Justeru bersama pengacara Nadia Hasnan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan rancangan “Malam-Malam Cari Makan” yang mendekati golongan ini.

Ternyata program 13 episod sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 11.30 malam menerusi TV1 ini membawa penonton mengetahui pekerjaan-pekerjaan menarik yang ada daripadanya tidak kita ketahui sebelum ini.

Memaparkan peranan dan fungsi rumah api kepada kehidupan orang ramai, ikuti temu bual bersama Encik Kamaruzzaman yang bertugas sebagai penjaga rumah api yang terletak di Tanjung Tuan Negeri Sembilan. Peranan rumah api ini adalah untuk memberi isyarat kepada kapal -kapal yang belayar dilaut. Rumah Api Tanjung Tuan ini telah dibina oleh pehak Inggeris dengan ketinggian 300 meter dari aras laut. Sekarang rumah api tersebut telah beroperasi dengan teknologi morden, dengan sedikit sahaja menggunakan tenaga manusia.

pengacara...Nadia Hasnan

Rezeki Tengah Malam Dalam Program “Malam-Malam Cari Makan” Bersama Pengacara Nadia Hasnan di TV1

Ikuti paparan mengenai kerja mencuci kereta diwaktu malam oleh sebuah syarikat dan juga orang peseorangan. Wartawan telah menemuramah seorang pemuda Melayu yang berkerja mencuci kereta bernama Aril. Beliau telah dua tahun berkerja disitu. Sambutan yang diterima dari pelanggan sangat menggalakan. Pekerja juga mendapat layanan yang baik dari majikan dengan gaji yang setimpal dengan tugas yang dibuat.

Apakah itu belat? Memaparkan kerja membelat disungai Perak oleh seorang nelayan bernama Pak Ayub dan dua orang anak buahnya. Peristiwa ini berlaku dikampung Batak Rabit Teluk Intan Perak. Kerja membelat ini adalah satu proses untuk mendapatkan udang dan juga ikan. Belat-belat ini ditahan disepanjang tepi sungai pada waktu malam. Lebih kurang jam lima pagi belat-belat ini akan diangkat untuk melihat hasil tangkapan. Banyak atau sedikit hasil tangkapan itu bergantung kepada rezeki. Beginilah kerja sebagai nelayan sungai untuk mendapatkan rezeki, demi kelangsungan hidup.

Sejarah beca yang terdapat di Pulau Pinang dikongsikan seorang penarik beca bernama Pak Ali yang sudah 40 tahun berkerja sebagai penarik beca. Dizaman kegemilangan beca dulu jumlahnya terlalu banyak hampir 3000 buah. Namun sekarang hanya 200 buah sahaja yang terdapat di Pulau Pinang. Ini berbeza dari beca yang terdapat di Melaka dan juga negeri lain di semenanjung.

Perkerjaan sebagai pengayuh beca ini merupakan punca ekonomi, tetapi generasi muda tidak berminat kerana ia memerlukan tenaga yang kuat dan sifat sabar yang tinggi. Namun bagi Pak Cik Ali berbangga kerana dapat mengekalkan kerja warisan Pulau Pinang ini.

Tidak semua orang sanggup bekerja dalam bidang yang dipaparkan ini. Berkongsi bidang tugas yang besar membersih sampah dan menggangkat sampah yang terdapat di seluruh bandar raya Kuala Lumpur. Syarikat pembersihan sampah yang beroperasi di ibu kota, Syarikat Alam Flora mula beroperasi pada tahun 1996. Syarikat ini beroperasi 24 jam dengan tiga kali giliran bekerja. Hasil dari temu ramah dengan pekerja-kerja, mereka melahirkan rasa seronok berkerja disyarikat ini kerana dapat memberi sumbangan kepada hidup berkualiti dan kesejahteraan rakyat. Apatahlagi hukum menjaga kebersihan itu separuh daripada iman seseorang muslim.

Menarik lagi bidang tugas sebagai “Callman” atau pun Resua. Bidang tugas mereka adalah memberi pertolongan dan tunjuk ajar kepada orang yang mengalami kemalangan jalan raya dan di timpa musibah seperti Tanah runtuh dan sebagainya. Bidang tugas mereka juga termasuk membantu mereka yang kemalangan itu membuat laporan polis, menuntut insuran, menarik kenderaan kebengkel dan lain-lain. Dalam episod ini juga dipaparkan Menara Jam “Queen Victoria ” yang terdapat di Pulau Pinang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen

Peraduan Premiere With Budiey € Filem BIRTH OF THE DRAGON
Hai semua pembaca…. Budiey.com dengan kerjasama TGV
DROUPR Lancar Aplikasi Di Telefon Bimbit
During the festive season especially Hari Raya,
BIRTH OF THE DRAGON Special Fans Screening
Are you ultimate Bruce Lee fans? We
Must read×

Top